Help & Support
Contact us
Questions, problems or ideas: email us and a person at RiverLens will read it.
buzz@riverlens.co
Email usTell us your iPhone model, what you were doing and what happened. A screenshot helps. In the app: Me → Help and feedback.
Common questions
Do I need an account?
No. Jale works without signing up, and your reports are anonymous. Sign in with Apple or Google if you want to keep your trip history, have your saved places on every phone you use, and see your Jale Score and driving insights.
Which phones does Jale work on?
iPhone with iOS 17 or later. Jale also works with CarPlay: connect your iPhone to the car and Jale appears on the car's screen.
I can't hear the voice directions
- While driving, check the speaker button on the map isn't muted.
- Turn up your iPhone's volume.
- Choose a voice in Me → Voice.
The natural voices need an internet connection. If one can't load in time, Jale uses the iPhone's own voice for that direction.
How do I report something on the road?
While driving, tap the green Report button and choose what you see: traffic, police, an accident, a hazard, a closed road, a camera or a flood. Drivers coming up behind get a warning and can say whether it's still there. Only report when it's safe, or ask a passenger.
Where do the camera alerts come from?
From JPJ's list of AwAS speed and red-light cameras, from OpenStreetMap, and from cameras reported by several Jale drivers at the same place. Cameras can move, so always follow the road signs and the speed limit.
How are toll prices worked out?
From published toll rates. On highways that charge by distance, Jale estimates the fare from where you enter and leave. Treat the price as a guide: the amount charged at the plaza is what counts.
A road has become one-way or closed
If you can't make a turn Jale gives you, it asks "Couldn't turn into …?". Tap Now one-way or Road closed. Jale then routes other drivers around it, and avoids it completely once another driver confirms it.
How do I share my drive?
While driving, tap the share button on the bar at the bottom of the screen. Your friends get a link that shows your car, route and arrival time in any browser. Your location is hidden as soon as you arrive or stop sharing.
How do I change the language?
Tap your picture on the home screen to open Me, then Settings → Language to choose English or Bahasa Melayu. In Bahasa Melayu you can also pick a Kelantanese voice in Me → Voice, which gives directions in Kelantanese.
Jale can't find my location
Open the iPhone Settings app, go to Jale → Location, choose While Using the App and switch on Precise Location.
How do I download or delete my data?
In the app, go to Me → Privacy and your data. Download my data gives you a copy; Delete account removes your account and the data linked to it. Our Privacy Notice explains what we keep and for how long.
Bantuan & Sokongan
Hubungi kami
Ada soalan, masalah atau cadangan? Hantarkan e-mel dan seorang wakil RiverLens akan membacanya.
buzz@riverlens.co
Hantar e-melBeritahu kami model iPhone anda, apa yang anda sedang lakukan dan apa yang berlaku. Tangkapan skrin sangat membantu. Dalam aplikasi: Saya → Bantuan dan maklum balas.
Soalan lazim
Perlukah saya buat akaun?
Tidak. Jale boleh digunakan tanpa mendaftar, dan laporan anda tanpa nama. Log masuk dengan Apple atau Google jika anda mahu menyimpan sejarah perjalanan, mempunyai tempat tersimpan di setiap telefon anda, dan melihat Skor Jale serta analisis pemanduan anda.
Telefon apa yang boleh menggunakan Jale?
iPhone dengan iOS 17 atau lebih baharu. Jale juga berfungsi dengan CarPlay: sambungkan iPhone anda ke kereta dan Jale akan muncul pada skrin kereta.
Saya tidak dengar arahan suara
- Semasa memandu, pastikan butang pembesar suara pada peta tidak disenyapkan.
- Kuatkan kelantangan iPhone anda.
- Pilih suara dalam Saya → Suara.
Suara semula jadi memerlukan sambungan internet. Jika suara itu tidak sempat dimuatkan, Jale menggunakan suara iPhone untuk arahan tersebut.
Bagaimana saya melaporkan sesuatu di jalan?
Semasa memandu, tekan butang hijau Lapor dan pilih apa yang anda nampak: trafik, polis, kemalangan, bahaya, jalan ditutup, kamera atau banjir. Pemandu di belakang akan menerima amaran dan boleh mengesahkan sama ada ia masih ada. Laporkan hanya apabila selamat, atau minta penumpang melakukannya.
Dari mana amaran kamera diperoleh?
Daripada senarai kamera had laju dan lampu isyarat AwAS JPJ, daripada OpenStreetMap, dan daripada kamera yang dilaporkan oleh beberapa pemandu Jale di tempat yang sama. Kamera boleh dialihkan, jadi sentiasa patuhi papan tanda dan had laju.
Bagaimana harga tol dikira?
Berdasarkan kadar tol yang diterbitkan. Di lebuh raya yang mengenakan bayaran mengikut jarak, Jale menganggarkan tambang dari tempat anda masuk dan keluar. Anggap harga ini sebagai panduan: jumlah yang dikenakan di plaza tol adalah yang sebenar.
Jalan sudah menjadi sehala atau ditutup
Jika anda tidak dapat membelok seperti yang diarahkan, Jale akan bertanya "Tidak dapat masuk ke …?". Tekan Kini sehala atau Jalan ditutup. Jale kemudian akan mengarahkan pemandu lain melalui jalan lain, dan mengelakkan jalan itu sepenuhnya setelah pemandu lain mengesahkannya.
Bagaimana saya berkongsi perjalanan?
Semasa memandu, tekan butang kongsi pada bar di bahagian bawah skrin. Rakan anda akan menerima pautan yang menunjukkan kereta, laluan dan waktu ketibaan anda dalam mana-mana pelayar. Lokasi anda disembunyikan sebaik sahaja anda tiba atau berhenti berkongsi.
Bagaimana menukar bahasa?
Tekan gambar anda di skrin utama untuk membuka Saya, kemudian Tetapan → Bahasa untuk memilih bahasa Inggeris atau Bahasa Melayu. Dalam Bahasa Melayu, anda juga boleh memilih suara Kelantan dalam Saya → Suara yang memberi arahan dalam loghat Kelantan.
Jale tidak dapat mengesan lokasi saya
Buka aplikasi Settings iPhone, pergi ke Jale → Location, pilih While Using the App dan hidupkan Precise Location.
Bagaimana memuat turun atau memadam data saya?
Dalam aplikasi, pergi ke Saya → Privasi dan data anda. Muat turun data saya memberikan salinan data anda; Padam akaun memadam akaun anda dan data yang berkaitan dengannya. Notis Privasi kami menerangkan apa yang kami simpan dan berapa lama.